Memaparkan catatan dengan label projek elektronik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label projek elektronik. Papar semua catatan

FYP-022 Electronics Notice Board



   Projek  Electronics Notice Board adalah satu projek untuk membuat pengiklanan atau paparan  pemberitahuan apa-apa maklumat dengan jelas dan mudah.Projek ini menggunakan arduino uno R3 .Papan paparan untuk projek ini boleh ditambah-tambah mengikut kehendak pengguna.Satu papan paparan terdapat 16x 32 LED.Saiz board 320mmx 160mm.Tulisan boleh diprogram mengikut kehendak pengguna.

Energy Saver System



    Energy Saver System adalah satu projek elektronik yg menggunakan arduino.Projek ini berfungsi untuk menjimatkan tenaga elektrik serta untuk menentukan bilangan pelajar dalam satu satu kelas.Sensor IR digunakan untuk mengesan kehadiran pelajar yg melalui pintu masuk dan keluar.Terdapat 2 sensor IR contoh sensor IR A dan sensor IR B ,jika pelajar melalui sensor IR A dahulu baru sensor IR B bilangan akan dikira satu .Sebaliknya jika pelajar melalui sensor IR B dahulu baru sensor IR A jumlah akan ditolak.Paparan LCD akan menunjukkan jumlah bilangan pelajar didalam kelas.Bagaimana ia dikatakan dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik ? jawapannya mudah sahaja apabila bilangan dekat paparan LCD menunjukkan nilai satu atau lebih geganti (relay) akan beroperasi mengaktif kan lampu atau kipas.Geganti (relay) akan mematikan  lampu atau kipas apabila bilangan pelajar di dalam kelas menjadi kosong .Kesimpulannya projek ini dapat menjimatkan kos tenaga elektrik serta mudah untuk menentukan berapa bilangan pelajar di dalam satu satu kelas.

.Automatic CAT Feeder


     Projek  Automatic CAT feeder adalah satu projek untuk memberi makanan kucing  secara automatic.Dalam projek ini RFID tag diguna untuk memilih hanya kucing yg ada tanda tag sahaja dapat mengeluarkan makanan dari bekas.Jika kucing yg tidak mempunyai tag datang dekat bekas makanan,makanan tidak akan keluar.Dengan cara ini dapat menjimatkan makanan dan memberi  keselesaan makanan kepada kucing kesayangan pengguna.Projek ini juga menghilangkan rasa risau kepada pengguna jika pulang ke kampung ,risau jika makanan tidak mencukupi kepada kucing kesayangan.

Tissue Automation



   Projek  Tissue Automation adalah satu projek untuk penjimatan penggunaan tisu serta memudahkan pengguna untuk mendapat tisu.Projek ini juga dapat mengurangkan percemaran alam sekitar sekiranya penggunaan tisu dapat dikawal.

Avance Door Lock System


      Projek  Avance door lock system adalah satu projek inovasi mengabungkan keypad dan bluetooth module.Projek ini bertujuan untuk keselamatan office,rumah ,peti besi dan sebagainya.Pengguna boleh membuka pintu dgn menggunakan keypad dan applikasi phone bluetooth.Dengan adanya projek ini dapat meningkatkan sistem keselamatan yang sedia ada dan memudahkan pengguna .Ini kena pada era teknologi sekarang kebanyakkan pengguna mempunyai telefon bimbit.

FYP-024-Voltage Meter Display

      Projek  VOLTAGE METER DISPLAY adalah satu projek untuk mengukur jumlah voltage .Projek  ini sesuai digunakan untuk mengukur  voltage daripada solar panel,atau apa2 voltage DC untuk barang 2 electronik yg lain.

GAS Detector With SMS Information System



    Projek inovasi  kali ini adalah GAS detector with SMS information system  yang di inovasi bertujuan untuk mengesan kebocoran GAS dan menghantar amaran ke telefon melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Smoke Detector With SMS Information System



    Projek inovasi  kali ini adalah smoke detector with SMS information system  yang di inovasi bertujuan untuk mengesan asap rokok dan sebagainya.Projek ini bertujuan memantau jika terdapat pelajar  yg menghisap rokok terutama di asrama 2 atau didalam tandas.Jika sensor dapat mengesan asap rokok atau kebakaran maklumat akan dihantar kepada pengguna atau pensyarah melalui  GSM ke telefon melalui pesanan ringkas(SMS).Maklumat no telefon untuk di SMS  di simpan didalam microcontroller(Arduino).

Temperature @ Smoke Detector Using LCD Display


     Projek Temperature @ Gas Detector Using LCD Display adalah satu projek inovasi untuk sistem keselamatan awal mengesan kebocoran gas LPG dan peningkatan nilai suhu didalam sesuatu keadaan contohnya dirumah,restoran dan lain premis yg menggunakan gas. Selain itu di dalam loji perindustrian yang sangat sensitif, seperti loji pengisian LPG, kebocoran adalah sangat berbahaya, jika langkah awal berjaga-jaga tidak diambil dengan segera. Tetapi di sini kita mempunyai penyelesaian alternatif yang jauh lebih dipercayai. Selain pengesan gas, terdapat juga sensor suhu untuk mengesan nilai suhu.
  


FYP-003 Automatic Smart Kitchen System

    Projek Automatic Smart kitchen system adalah satu projek inovasi untuk sistem menyegarkan udara di dapur.Apabila kita memasak kadang2 kita terlupa ada asap atau gas diruang dapur.Dengan projek inovasi ini kita tidak perlu risau kerana apabila sensor dapat mengesan asap atau gas secara automatik kipas akan berfungsi mengeluarkan asap atau gas tersebut.Udara di dapur akan sentiasa segar dan selain itu dapat menjimatkan tenaga elektrik daripada kipas sentiasa beroperasi.

FYP-002 Postbox System Using LCD


  Projek  Postbox system Using LCD adalah satu projek inovasi berfungsi untuk mengira jumlah surat di dalam peti surat dan memberitahu pengguna terdapat  berapa jumlah surat didalam peti surat . Sistem inovasi ini pada dasarnya adalah untuk memudahkan pengguna mengetahui berapa jumlah surat di dalam peti surat dan Menghidupkan alarm(buzzer) apabila jumlah surat sampai tahap yg diprogramkan.

FYP-001 Postbox Reminder System


   Projek postbox Reminder System adalah satu projek inovasi berfungsi untuk mengira jumlah surat di dalam peti surat dan memberitahu pengguna terdapat surat didalam peti surat . Sistem inovasi ini pada dasarnya adalah memudahkan pengguna mengetahui bahawa terdapat surat di dalam peti surat dan menjimatkan masa pengguna melihat surat didalam peti surat.